Tuesday, April 12, 2011

Ceramah DSAI di Miri

BN dibayangi ‘dilema’, Pakatan mula raih sokongan













KUCHING, 11 April — Sementara kempen pilihan raya negeri sudah pun melepasi pertengahan jalan, kehadiran pengikut dan penyokong dalam jumlah berbeza pada majlis dihadiri kedua-dua Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Barisan Nasional (BN) alami “dilemma” menuju hari penentuan Sabtu ini. Jumlah kehadiran jelas memperlihatkan BN, yang memerintah negeri ini sejak lebih empat dekad lalu, seolah-olah berada dalam “mood” yang berbeza.
Lebih 900,000 pemilih akan keluar mengundi Sabtu ini sempena pilihan raya negeri kali ke-10.
Pengundi Sarawak yang lazimnya dilihat sebagai konservatif berduyung-duyung hadir untuk mendengar ceramah pada perhimpunan dihadiri Anwar dan beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat, antaranya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kerusi DUN Batu Kawah, yang terletak kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandar Kuching.
Menurut pemerhati sekitar 8,000 orang hadir pada majlis ceramah itu, menyebabkan kesesakan teruk kira-kira dua jam.
Pada masa yang sama, Najib hadir pada majlis bertemu pemimpin 1 Malaysia di Kuching.
Sebahagian daripada hadirin pada ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Batu Kawah. — Foto oleh Choo Choy May
Meskipun penganjur majlis itu menggunakan bas untuk membawa orang ramai dari luar kawasan Kuching ke stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan, hanya sekitar 1,000 pengikut dan penyokong hadir. Setiap hadirin majlis itu diberikan kemeja-T 1 Malaysia dan bendera untik dikibarkan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan BN memasuki stadium.
Mengiringi Najib selaku Pengerusi BN ialah lima calon Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), dan pemimpin-pemimpin parti komponen, antaranya Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Selepas Perdana Menteri dibawa masuk ke dewan dengan sambutan permaidani merah, sebahagian pengikut dan penyokong yang dibawa meninggalkan stadium untuk ‘bersiar’siar’ di kawasan stadium. Malah sebahagian lagi hadirin masih berada dalam kenderaan yang digunakan untuk membawa mereka.
Apabila Perdana Menteri mula berucap, hadirin dalam jumlah besar, yang memakai kemeja-T 1 Malaysia mula keluar sedikit demi sedikit dari stadium.
Mereka yang berada di dalam dewan pula memperlihatkan wajah bosan tetapi sekali sekali bertepuk apabila Najib menyampaikan poin-poin yang ‘bersemangat’ dan menarik perhatian.
Sementara Pengerusi BN itu berusaha untuk meredakan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dengan menegaskan bahawa Ketua Menteri Sarawak itu akan melepaskan jawatannya segera selepas pilihan raya, beribu-ribu hadirin yang berkumpul di Batu Kawah bersorak gembira apabila pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat memberitahu penyokongnya supaya percaya bahawa pemimpin itu tidak akan berbuat demikian.
Menurut pemberita yang membuat liputan ceramah di Batu Kawah, Anwar menerima sokongan besar daripada hadirin.
Dalam ucapannya, Ketua Pembangkang itu meminta rakyat negeri Sarawak supaya percaya pada Pakatan Rakyat dan pemimpin-pemimpinnya sambil menambah bahawa “Pek Moh”, istilah Hokkien yang digunakan untuk menggambarkan Taib dan pemimpin dalam kerajaan, supaya belajar daripada kepimpinan Lim, Nik Aziz dan pemimpin-pemimpin yang lain.
“Mereka tidak pernah mencuri tanah rakyat,” kata beliau.
Anwar membawa pengalaman kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang dengan mengatakan bahawa di “Selangor, anda mendapat air percuma tetapi di Sarawak, hanya air hujan yang percuma.”
Rakyat Sarawak akan keluar mengundi Sabtu ini, persekitaran yang cukup getir bagi BN manakala Pakatan Rakyat memperlihatkan peningkatan sokongan.
Sementara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui bahawa BN akan mempertahankan negeri bumi Kenyalang ini, tetapi ramai juga berpandangan bahawa pihaknya akan mengurangkan jumlah kerusi dimenangi perikatan itu.
Kini, BN mempunyai 63 kerusi di Dewan Undangan Negeri manakala DAP enam, PKR dan Parti Cinta Malaysia masing-masing satu.

Thursday, October 23, 2008

Kepada YB-YB yang paling sey sayang....

Nama sey ni KARIM...pengundi berdaftar DUN CHOMBUNG,PARLIMEN ROMBAU.sey nulih sughat ni bukan apa...sajo yor nk ucap'an timo kasih kek YB-YB sekolian sobab naik'an hargo minyak ari tu.Lopeh ni bilo hargo munyak naik,hargo barang lain pun naik gak laaaa....banggo boto' sey ghaso...mcm duduk kek LAS VEGAS lak.
Sey janji ngan YB-YB semuo,yang sey akan ubah tebiat sey dari makan ikan kombung yang dah merah menyalo mato'eh dan pocah bedorai porut ikan tu pado ikan koring yor. Sey sanggup bekorban intuk negaro.
Anak sey yang tujuh orang tu yang dah buleh buek team futsal tu boleh la bekojo lopeh sekolah,buek bantu mak ayah diaorang ni haaaa....kok tak bekojo pun buleh la jadi mat rompit kek SENAWANG tu... dapek gak la duit sesikit....buleh gak la menoruskan tradisi keluarga sey ni yang tak pornah durhako pada negaro.
Ghaso-ghaso, sey ni nak ubah suai bilik-bilik yang ado kek ghumah sey...nak buek tompek bolo ikan ngan tanam sayur cagho hidroponik(apo binchek'eh ni?)sey terpakso tanam kek dalam bilik sobab sey tingga' kek umah flat.
Rebet yang YB bagi kek sey memang melampuh-lampuh lobeh'eh dari keperluan sey.Bilo sey congak-congak'an,sey cumo guno 20 sen yor duit minyak moto sehari... ado la untung 21 sen... bak kato si SAIDA AF6 'okey la tuuuuu'.
Sey tak pakai pun keto sobab bilo minyak naik hargo,sey kono jual Datsun kotak mancis sey tu.Dapek gak la duit,tokeh-tokeh pun ado la hasil'eh.
Team futsal sey tu, sey nak suruh eksesais hari-hari berjalan kaki tak pun naik beska' poie sekolah...ado la 5km... dokek yor tuuu.....Walaupun gaji sey ni RM1,000...sbona'eh terlobih cukup untuk keluargo sey...
Buek permulaan nak ngubah kehidupan se...sey tak akan guno'ah gulo bilo buek kopi...tak akan guno'ah topung untuk buek kodok.Sey nak ganti'an bogheh ngan ubi...tiap hari sey ngan keluargo akan berposo(kecuali pado hari-hari yang dilarang beposo)sey akan buek minyak masak sendiri.Itu antaro caro sey ngubah caro hidup.
Ado banyak laie caro... semuo kerano negaro kito.Dan sey mintak bona'YB naik'an laie hargo minyak yang ado...bukan tu yorr...sey mintak bona' naik'an laie hargo tol sobab orang sbolah rumah sey nih orang pembangkang... dio slalu guno highway, biar padan muko dio...tula...suko bona' nyokong pembangkang...PAKATAN RAKYAT konon... Padanlah muko ekau,bayolah tol banyak-banyak.
Nanti YB buleh la melawat sey dan sedokah pada sey solai kain pelekat bilo dah nak dokek-dokek pilihan raya nanti...Insya-Allah kain pelekat tu sey nak bubuh dalam frame dan gantung kek rumah...tapi jangan lupo lak...YB sain otogeraf yor kek kain tu...
Jangan lupo YB, naik'an laie hargo minyak.Jangan la diturunka'an gaji mentori-mentori tuuu...sian diorang...kang apo lak anak bini'eh nak makan... tak dapek pulak nak menyoping kek Landen...
Akhir kato,sey totap nyokong YB-YB sekalian.Sey takkan nyokong pembangkang...ntah apo-apo ntah.Jangan lupo yo YB, naikkan tol banyak-banyak, bia oghang sbolah rumah sey yang nyokong pembangkang tu tojoley lidah'eh nak bayar...


Sekian timo kasih.

Pocah kaco.pocah goleh,
dah baco,harap baleh.

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!