Saturday, April 30, 2011

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah


KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan,Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.
Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,
Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.
“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.
Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.
Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.
Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.
“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.
“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.
“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.
“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.
“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.
“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.
“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.
Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.
“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.-KeadilanDaily

Sumpah Laknat: Utusan, BH berniat jahat kata NUJ

Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) hari ini menyelar Utusan Malaysia dan Berita Harian kerana menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang enggan melafazkan sumpah untuk membuktikan dirinya tidak bersalah bersabit isu video lucah.
Presidennya Hata Wahari dalam wawancara dengan TV Selangor berkata laporan dua akhbar itu melanggar etika kewartawanan dan jelas berniat jahat di samping bertujuan menyembunyikan kebenaran.

NONE"Apa yang dibuat oleh Utusan Malaysia dan Berita Harian merupakan satu propaganda jahat yang dimainkan oleh akhbar-akhbar milik Umno cuba memperlihatkan bahawa ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mengikut hukum Islam.

"Anwar sebagai bekas pemimpin Abim yang mengetahui hukum Islam secara mendalam dan tahu mubahalah tidak boleh memberikan impak kepada sesiapa sebab itu Anwar tidak mahu bersumpah. Bila angkat sumpah, itu antara kita dan Allah dan belum tentu perkara itu dapat dibuktikan lagi,” kata Hata.
Justeru Hata bersetuju dengan tindakan Anwar mahukan pihak berkuasa Islam menyiasat fitnah terhadapnya mengikut hukum qazaf.
Pemuda PKR sebelum ini membuat laporan Qazaf ke atas Datuk T tidak mendapat perhatian media arus perdana.
Mengikut Al-Quran, sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh seorang suami yang menuduh isterinya berzina dan tidak mempunyai bukti lain selain daripada bersumpah.

NONE"Kalau dia (Eskay) hanya bersumpah untuk memberitahu bahawa ini adalah perkara benar jadi saya rasa itu bukan perkara pokok yang paling penting sekarang dia perlu membuktikan perkara ini perlu dibawa ke Mahkamah Syariah dan buktikan dengan membawa empat orang saksi."

Hata tidak menolak berita yang dimainkan oleh media arus perdana termasuk Utusan dan Berita Harian adalah bertujuan membunuh karektor politik ketua pembangkang itu.

Malah kata Hata, beliau berpandangan bahawa media kawalan Umno-BN kini sudah terkeluar dari landasan tanggungjawab sebenar dengan menabur fitnah serta menjatuhkan kredibiliti pemimpin yang tidak memihak kepada mereka.

"Jelas membuktikan bahawa media sekarang ini tidak mempunyai prinsip dan pendirian tetapi sebagai satu alat kepada kerajaan dan bukan media yang ingin mencari kebenaran atau melaporkan kebenaran tetapi sebagai sebuah media yang menyebarkan fitnah dan perkara-perkara tidak benar.
NONE"Saya melihat mereka ini tiada kredibiliti langsung," katanya

Tambah beliau lagi sebagai Presiden NUJ Malaysia yang menaungi 1,300 wartawan di Malaysia yang kebanyakkannya berkhidmat di media arus menyeru mereka kembali kepada prinsip asas media dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat.
Malah beliau juga turut menyeru editor-editor Utusan dan Berita Harian agar menilai sendiri prinsip dan tanggungjawab mereka dan kembali kepada prinsip media sebenarnya.- Malaysiakini

Saturday, April 23, 2011

Wednesday, April 20, 2011

Kerajaan Rakyat: Akaun emel 1Malaysia tidak wajib, Najib bohong

Kerajaan Rakyat: Akaun emel 1Malaysia tidak wajib, Najib bohong: "KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan kerajaan tidak membiaya projek penyedian e-mel percuma kepada rakyat ..."
email 1malaysia? kenapa sekarang?

sumber : malaysiakini
betul ke kompeni Tricubes yang diberi kontrak e-mail 1Malaysia RM50 juta ni bermasalah?

sumber : bskl
KAH KAH KAH! KANTOI!

Apakah maksud GN3 Companies?
A company designated as an Affected Listed Company because its poor or adverse financial condition and level of operations fall into the criteria described in Bursa Malaysia's Guidance Note 3. - Wealthbox Glossary
‘GN3 Companise’ dalam Bursa Malaysia merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat. - anwaribrahimblog

Siapa di sebalik kompeni bangang ni?

sumber : reuters finance



sumber : www.tricubes.com

Siapa mereka ni? Apa kaitan mereka dengan Najib? Ini jawapannya..

sumber : merdekareview

Tuesday, April 19, 2011

Addin: Undang-Undang Darurat Malaysia Paling Lama Di Duni...

Addin: Undang-Undang Darurat Malaysia Paling Lama Di Duni...: "KUALA LUMPUR - Malaysia memegang rekod memalukan kerana menjadi negara paling lama memiliki undang-undang darurat, kata Senator Dewan Ne..."

Panas!! Media Malaysia Bohong Kehilangan Enjin Pesawat TUDM

KUALA LUMPUR -  Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008. Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.
Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan. “Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel tersebut.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.

Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu. “Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan. Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.

Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith. Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak./KD

Monday, April 18, 2011

Pakatan: 45 peratus rakyat S'wak tolak BN

Walaupun gagal untuk menafikan BN Sarawak majoriti dua pertiganya dalam pilihan raya negeri semalam, tetapi Pakatan Rakyat berpuashati kerana undi popular BN telah merosot lapan peratus.

sarawak election pakatan pc kuching 170411 01Setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng (paling kiri dalam foto) berkata
undi popular BN telah merosot daripada 63 peratus pada 2006 kepada 55 peratus kali ini.

“Saya percaya pilihan raya ini menunjukkan bahawa Sarawak bukan 'simpanan tetap' seperti yang didakwa mereka.

“Ini peralihan lapan peratus, yang merupakan satu peralihan yang besar. Jika ini berterusan dalam pilihan raya parlimen nanti, maka BN akan kalah lebih banyak kerusi,” kata Guan Eng.

NONEBeliau memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di Kuching
bersama dengan pemimpin tertingi Pakatan.

Dalam pilihan raya negeri semalam, BN kalah hampir semua kerusinya di kawasan bandar dan tiga kerusi luar bandar. Pakatan pula berjaya memenangi 15 kerusi, dan satu lagi kerusi dimenangi calon Bebas. Dewan Undangan Negeri Sarawak mempunyai 71 kerusi.-MalaysiaKini

Anwar: P'raya S'wak - Pakatan tetap berjaya


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan meskipun Pakatan Rakyat gagal mencapai keputusan yang disasarkan namun parti itu berjaya “menanam benih politik murni” supaya rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit.

sarawak election pkr ceramah sibu 120411 anwar 02“Pilihan raya negeri Sarawak ke-10 Sabtu lalu membuktikan perjuangan menuntut keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ia juga bukan sesuatu yang mustahil.

“Walaupun tidak berjaya mendapatkan keputusan yang diingini, namun kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu mereka sekali gus berusaha memperkukuh amalan demokratik,” katanya dalam satu kenyataan.

NONEPada pilihan raya negeri ke-10 kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan memperoleh 55 kerusi manakala DAP - 12, PKR - 3 dan Bebas satu.

Pakatan Rakyat menggandakan kerusi dan undi popular yang diperoleh mereka kali ini berbanding lima tahun lalu.
Sumber terhad

Menurut Anwar, walaupun menerima banyak rintangan sepanjang tempoh berkempen dengan berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam untuk membawa kempen yang bersih, Pakatan tetap berjaya menembusi kawasan pedalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat oleh BN.

NONEAnwar berkata, menenangkan pengikut dan penyokongnya bahawa keputusan kali ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ia satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh.

“Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama untuk memastikan ia terlaksana.

“Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yang mahukan perubahan dan cintakan keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan rejim yang korup ini tumbang pada pilihan raya akan datang,” tegasnya.

NONESeramai 213 calon yang bertanding pada pilihanraya negeri kali ini.

Pakatan bertanding dengan PKR menampilkan 47 calon, DAP 15 dan PAS lima dalam pilihan raya paling sengit dalam sejarah Sarawak ini.

Jelas Anwar, pada pilihanraya negeri kelmarin kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekali lagi tercalar berikutan wujudnya laporan bahawa agensi itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian.
Beli undi

NONE“Saya difahamkan petugas PKR dinafikan Borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihan raya bersih dari penipuan,” katanya.

Katanya, selain tindakan berat sebelah SPR terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong.

Tegas Anwar, keengganan SPR untuk mengira semula undi bagi kerusi Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan banyak pihak bahawa SPR bertindak demi kepentingan BN.

“Calon PKR Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?' katanya lagi.

NONESemalam Naib Presiden PKR Tian Chua bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

Tian Chua turut menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi itu Sabtu lalu.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi manakala Teo pula meraih 7,276 undi.-MalaysiaKini
www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!

Amazon MP3 Clips