Sunday, July 3, 2011

Minyak Wangi Kasturi


PENGEDAR DIPERLUKAN

PENGEDAR DIPERLUKAN

KASTURI HITAM

KASTURI HITAM

KASTURI KUNING

KASTURI KUNING

KASTURI PUTIH

KASTURI PUTIH

KASTURI MERAH

KASTURI MERAH

KASTURI SUSU

KASTURI SUSU

100% bumiputera

100% bumiputera

Minyak Wangi Kasturi

Asal Usul Kasturi

Asal usul kasturi
Kasturi terdapat pada satu bahagian pada bawah perut kijang. Bahagian ini terkeluar jelas dalam
bentuk 
tiga atau empat benjolan. Dalam benjolan tersebutlah adanya kasturi. Namun hanya kijang 
betina sahaja yang memiliki kasturi ini. Dan, hanya kijang betina yang terdapat di Nepal sahaja 
memiliki 
keistimewaan ini. Kijang ini mestilah telah memakan 44 jenis bunga yang terpilih untuk 
menghasilkan kasturi. Walaupun ia memakan 100 jenis bunga sekalipun, jika tiada salah satu 44 bunga
tersebut, maka kasturi tidak terhasil.

Bahagian yang terdapat pada perut kijang tersebut akan gugur sendiri jika sampai masanya. 

Ini menunjukkan kasturi tersebut sudah matang. Namun selalu terjadi kijang ini ditembak 
oleh pemburu untuk mendapatkan kasturi. Bahagian dalam kasturi ini akan dimasak dengan 
kaedah tertentu bagi menghasilkan minyak wangi.

Riwayat dalam kitab Alqaa’iq menyatakan sewaktu Nabi Adam as. diturunkan dari syurga, 

baginda telah diziarahi seekor kijang betina. Lalu Nabi Adam as memberi kijang tersebut 
secebis daun dari syurga. Dengan izin Allah SWT menjadilah ia wangi.
Diriwayatkan sewaktu Nabi Adam turun ke bumi, baginda turun di benua India, manakala 
Hawa di Tanah Arab. Lalu mereka bertemu di Arafah. Nepal terletak di benua India iaitu di sebelah 
utara. 
]Justeru itu tidak hairanlah hanya kijang di Nepal yang memiliki kasturi


Wangian Kasturi
"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. 
Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.'
Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W 
maksudnya,
"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"
(Hadis Hassan)
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.
Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
“ sebagus-bagus wangian ialah minyak kasturi”
(H.R.Muslim)
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi 
sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".
Dari Abu Hurairah R.Anhu, Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: 
Barangsiapa berpegang dengan dengan sunnah-sunnahku ketika di zaman 
rosaknya umatku, baginya adalah ganjaran syahid
(HR Tibroni)
suatu sunnah Rasulullah memakai wangian ketika solat. Solat dengan memakai wangian 
70 kali lebih baik berbanding tanpa wangian.
Khasiat Kasturi
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam 
Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. 
dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat, antaranya:-
1) Memberi kekuatan pada roh
2) Menenangkan Jiwa
3) Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
4) Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
5) Menghilangkan debaran jantung
6) Menghilangkan Sesak Nafas
7) Melegakan Lelah (Asma)
8] Menyedarkan orang yang pengsan
9) Memperkuatkan organ luaran tubuh
10) Memperkuatkan organ dalaman tubuh
11) Menghilangkan rasa gementar
12) Menghilangkan sejuk tubuh
13) Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
14) Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
15) Menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
16) menjernihkan mata putih pada mata
17) Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
18] Mencegah wabak penyakit
19) Melanjutkan usia
20) Meredhakan Allah SWT, menyukakan para malaikat dan orang-orang soleh, 
dan sebaliknya dapat mengusirkan syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.
PENGGUNAAN MINYAK WANGI DALAM RAWATAN
Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa arab;
“al Minhajul Qurani lii’laji as Sihri wal massi as Syaithani” 
karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan 
teknik penggunaan minyak wangi:“Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin 
sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat ‘menyegarkan’ jiwa dan secocok dengan 
naluri kejiinnan mereka.Oleh itu teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab 
untuk semua jenis gangguan terutamanya gangguan jin ‘asyiq’. Jin asyiq adalah jin yang berdamping 
dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada yang mendakwa telah berkahwin dengan 
pesakit!

Tekniknya adalah;
Pesakit hendaklah sentiasa memakai minyak wangi di kemaluan depan dan belakang sama ada 

lelaki atau perempuan.Memakai minyak wangi pada semua pakaiannya terutamanya pada waktu tidur. 
Jangan sekali-kali tidur tanpa memakainya. Apabila hendak membasuh pakaian tersebut pakaian yang 
baru hendaklah dipakaikan minyak wangi dan pakailah pada waktu tidur.

Pesakit hendaklah memakai minyak wangi di ‘37’ point di tubuh badannya setiap malam. Point tersebut adalah:
1: Sapu pada ubun-ubun.
2: Belakang telinga kiri dan kanan.
3: Di semua hujung jari tangan dan kakinya. Antara kuku dan kulit.
4: Dua lubang hidung.
5: Dua lubang telinga.
6: Dua kening berdekatan mata.
7: Sekeliling mulut.
8: Dua puting payu dara.
9: Dua kemaluan depan dan belakang. (kubul dan dubur)
10: Lubang pusat.”
11:Leher kiri dan kanan.

Jika anda perhatikan semua point tersebut adalah rongga-rongga yang terdapat di tubuh badan kita. 

Inilah tempat masuk dan keluar makhluk jin ke dalam tubuh manusia.
Sekiranya jin ingin mendekati maka ia akan menjauhkan diri kerana bau wangi. 

Sekiranya ia telah ada di dalam tubuh badan, insya Allah ia akan keluar kerana tidak tahan dengan 
aura aroma bau wangi tersebut….Adapun minyak wangi terbaik untuk tujuan ini adalah 
‘Rose Dimasyq,Kasturi Hitam dan Kasturi Putih..’ Lebih-lebih lagi kalau diruqyah / dijampi.
Insya'Allah.

Saturday, July 2, 2011

Pewaju kutuk demonstrasi ganas Umno, PERKASA


Pertubuhan Wartawan dan Jurugambar Akhbar Cina Pulau Pinang (Pewaju) hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan penunjuk perasaan pro-Umno yang “menyerang dan mengancam” wartawan semalam.

NONEDua daripada wartawan berkenaan yang menjadi mangsa sikap agresif penunjuk perasaan itu telah membuat laporan polis.

Pewaju juga meminta polis membuat siasatan dengan secepat mungkin dan mengumunkan keputusan siasatan kepada orang ramai untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap polis.

“Dalam satu demonstrasi di bawah pimpinan peniaga Komtar, Mohamed Ghani Abd Jiman yang mendakwa dirinya sebagai wakil NGO, sekurang-kurangnya tiga wartawan diserang atau diancam oleh penyokong demonstrasi,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

NONEPewaju juga menyatakan rasa kesal dan tidak puas hati dengan pihak polis yang didakwa gagal menjalankan tugas untuk melindungi rakyat apabila wartawan dijadikan sasaran oleh penyokong Umno dan PERKASA yang membuat bantahan ke atas ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Kena tumbuk

“Serangan atau ancaman daripada penyokong demonstrasi ini berlaku tanpa menghirau kewujudan polis. Maka, bolehkah rakyat Malaysia yakin dengan keadaan keselamatan dalam negara?” soal pertubuhan itu.

NONEMenurut kenyataan Pewaju itu lagi, wartawan merupakan pihak yang paling dekat dengan tempat kejadian dan perlu membuat liputan berita yang paling tepat kepada masyarakat.

Justeru, wartawan dan media yang diwakili mereka memerlukan segala kerjasama dan sokongan dalam proses membuat liputan ataupun dengan gangguan yang paling minimum.

“Tetapi apabila seorang wartawan cuba mengambil gambar penyokong demonstrasi, seorang penyokong berpakaian baju Pemuda Umno yang tidak diketahui namanya mengeluarkan kata ancaman berbunyi 'kau nak berenang di bawahkah?'

NONE“(Ini) dengan jelasnya membawa maksud hendak mencampak wartawan ke dalam laut,” dakwa pertubuhan itu.

Menurut Pewaju apa yang berlaku selepas itu lebih teruk apabila beberapa penyokong demonstrasi mengelilingi wartawan berkenaan dan mengacaunya dengan bendera.

“Akhirnya, wartawan itu kena satu tumbukan di belakang oleh salah satu penyokong yang juga tidak diketahui nama,” dakwa kenyataan itu lagi.
Berunsur ganas

Menurut pertubuhan itu, apa yang berlaku semalam adalah serius sehingga mewujudkan suasana ancaman kepada wartawan semasa membuat liputan.

NONESelain itu, Pewaju juga membidas pihak polis yang gagal menjalankan tugasnya semasa bertindak dalam demonstrasi yang didakwa berunsur keganasan ini.

“Polis tidak menghalang penyokong yang menimbulkan kekacauan di atas jambatan Pulau Pinang selama setengah jam merupakan contoh yang terbaik

“Kenapa pihak polis tidak mengambil sebarang langkah pencegahan padahalnya telah mengetahui demonstrasi ini sehari sebelumnya?”

Pewaju juga mempersoalkan sikap dwi-standard polis yang bertindak keras terhadap himpunan BERSIH 2.0 tetapi membenarkan demonstrasi di Komtar yang ganas itu berlangsung,

NONE“Pewaju menegaskan pendirian bahawa, himpunan merupakan hak yang dijamin bawah perlembagaan negara. Maka Pewaju sokong penuh bahawa rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, tetapi bantah sekeras-kerasnya dengan himpunan berunsur keganasan,” akhir kenyataan itu.-MALAYSIAKINI-

Friday, July 1, 2011

Agong Boleh Bertindak Terhadap Wan Ahmad, Kata Aziz Bari


SHAH ALAM : Yang diPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja harus mengambil tindakan terhadap Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Wan Ahmad Wan Omar kerana mengeluarkan kenyataan berbaur politik mengenai perhimpunan Bersih, kata pakar perlembagaaan Profesor Abdul Aziz Bari.

Aziz berkata kenyataan Wan Ahmad itu mencemari kredibiliti SPR yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan mempunyai implikasi ke atas proses pilihanraya negara ini.

"Saya fikir Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja boleh mengambil tindakan terhadap beliau oleh kerana perlantikan SPR itu dibuat oleh YDPA setelah berbincang dengan Raja-Raja. Peranan kerajaan hanya kecil sahaja, sepatutnya," jelasnya lagi.

Wan Ahmad hari ini mendakwa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk meraih sokongan bagi membina momentum untuk gagasan itu menawan Putrajaya. Hujah yang sama telah digunapakai oleh Perdana Menteri Najib Razak beberapa hari sebelum itu.
Wan Ahmad turut mendakwa pembangkang mahu menggerakkan Bersih kali kedua setelah menyaksikan bagaimana perhimpunan tahun 2007 membawa kepada 'tsunami' politik yang memberi kemenangan besar kepada PR pada PRU 2008.
"Mungkin saya rasa (kenyataan itu) boleh menjurus kepada desakan untuk beliau meletakkan jawatan atau dipecat kerana tugas SPR (adalah) dari segi perlembagaan adalah mengendalikan pilihan raya dan mengemaskini daftar pemilih.
"Jadi saya rasa apa yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR tidak patut dan telah mencemarkan kedudukan dan kredibliti SPR. Ertinya ia akan menyukarkan tugas-tugas SPR sendiri," kata beliau kepada TvSelangor.
Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dalam jurusan undang-undang menyifatkan pandangan yang dilontarkan Wan Ahmad sebagai prejudis tanpa disokong oleh sebarang bukti.
Katanya, tuntutan Bersih kali ini adalah usaha murni pertubuhan bukan kerajaan memperkasa sistem pilihan raya memandangkan terdapat banyak kecacatan yang dikesan.
Senada dengan Presiden Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan, Abdul Aziz menegaskan perhimpunan itu tidak ditunjangi oleh Pakatan Rakyat.
Justeru kenyataan Wan Ahmad itu memperkukuhkan dakwaan bahawa SPR pro kerajaan, kata Aziz.
Aziz berkata SPR harus berada pada landasan yang betul sebagai badan berkecuali yang menguruskan perjalanan pilihan raya di negara ini memandangkan ianya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri.
Justeru katanya, perlembagaan turut menyebut bahawa YDPA perlu memastikan SPR adalah suruhanjaya yang boleh dipercayai semua pihak.

"Kalau kita lihat laporan Suruhanjaya Reid dan Perlembagaan, SPR telah pun diberi perlindungan dan upaya yang sepatutnya," kata beliau.

"Jadi kalau kita lihat dari segi itu, dengan jelas menunjukkan kerajaan yang memerintah tidak patut campur. Tapi oleh kerana kerajaan memerintah tidak tahu malu, (dan) mereka tidak peduli perlembagaan (maka) mereka ingat SPR di bawah mereka. SPR (juga) melihat mereka di bawah kerajaan. Ini satu perkara yang saya fikir malang bagi negara," jelas Aziz lagi.
Ditanya mengenai tindakan polis secara membabi buta menangkap hampir 100 orang aktivis dan pemimpin Pakatan Rakyat menggunakan pelbagai akta, Aziz berkata polis dan kerajaan sedang bertindak melangkaui Perlembagaan Persekutuan.

"Lihat dari segi permit. Mereka (polis) sudah salah kerana mereka tidak boleh memberi kenyataan umum bahawa permit tidak boleh diberikan. Mereka perlu menerima permohonan dahulu dan tidak boleh secara terang berkata "kami tidak boleh beri permit".
"Kedua menangkap orang berbaju kuning adalah tindakan gila. Saya fikir mereka memang tidak pedulikan undang-undang. Perlembagaan jelas mengatakan Kebebasan Peribadi (Perkara 5), hatta dalam ISA ada menyebutkan kalau mahu mengatakan sesuatu barang itu dianggap mengancam dan sebagainya, ianya perlu diwartakan dahulu dan ini tidak dibuat," tambahnya.

Anak Sungai Derhaka: Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR?

Anak Sungai Derhaka: Satu Alamat, 88 pengundi.. Apa penjelasan SPR?: "SPR adalah sebuah Badan yang bernaung di bawah institusi Raja-Raja Melayu dan bertanggungjawab mengawal selia proses pilihanraya negara ini..."

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!