Search This Blog
Wednesday, July 6, 2011
Bukti Agong juga iktiraf tuntutan Bersih – Saifuddin
KUALA LUMPUR: Persetujuan Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan di dalam stadium, 9 Julai menunjukkan baginda mengiktiraf tuntutan NGO itu.
Perkara itu dinyatakan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail di laman Twitter beliau tengahari tadi mengulas perkenan baginda supaya Bersih berhimpun di stadium sebagai ganti kepada perarakan secara aman di ibukota.
“Tahniah Bersih 2.0, berminggu diserang Umno BN, dicop haram dan segala macam, akhirnya kebijaksanaan YDPA mengiktiraf tuntutan lapan perkara dan mobilisasi 9 Julai,” kata Saifuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Machang.
Lapan tuntutan itu adalah pembersihan senarai undi, reformasi undi pos, penggunaan dakwat kekal, tempoh kempen minima 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah pilihan raya dan menghentikan politik kotor.
Ahad lalu, Istana Negara mengeluarkan satu titah agar pendekatan perbincangan digunakan kerajaan Umno BN dalam menghadapi tuntutan Bersih yang menuntut agar reformasi pilihan raya dilakukan.
Lanjutan dari itu, Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, hari ini mengadap Yang Di Pertuan Agong bersama Sasterawan Negara, Datuk A Samad Ismail dan Presiden Jamaah Islah Malaysia, Zaid Kamaruddin untuk mendapatkan nasihat baginda secara khusus.
Ia adalah ironi apabila Tuanku perkenan bertemu dengan NGO itu, yang sebelum ini dakwa dan dilabel oleh kerajaan sebagai pertubuhan haram.
Selesai mengadap, Ambiga mengumumkan Bersih akan berhimpun di stadium pada 9 Julai ini namun stadium yang khusus belum lagi ditetapkan untuk perhimpunan itu.
Sehingga kini lebih seratus aktivis Bersih, penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat ditangkap kerajaan, termasuk aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dikaitkan dengan idealogi komunis kerana mempromosikan himpunan Bersih.
Pejabat Bersih turut digeledah manakala mereka yang memakai baju T Bersih dan kuning turut ditahan polis.
Justeru pimpinan Pakatan Rakyat hari ini turut menggesa kesemua mereka yang ditahan dibebaskan serta merta.
Tuesday, July 5, 2011
Walaupun di stadium Bersih 2.0 akan dapat sokongan, kata Nik Aziz
KUALA LUMPUR, 5 Julai — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya Himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini akan tetap mendapat sokongan rakyat walaupun terpaksa diadakan di stadium.
Menteri Besar Kelantan (gambar) berkata Himpunan Bersih 2.0 akan menjadi manifestasi kepada kebangkitan rakyat yang menentang segala penyelewengan dan permainan “politik jahat” Umno-Barisan Nasional (BN).
“Walau di mana pun Himpunan Bersih 2.0 diadakan pada 9 Julai ini, saya penuh yakin bahawa ia tetap merupakan manifestasi kebangkitan rakyat yang menentang segala tipu daya dan permainan politik jahat Umno-BN.
“Saya yakin Yang di-Pertuan Agong (Tunku Mizan Zainal Abidin) selaku payung rakyat jelata tentu akan bertindak untuk kebaikan seluruh rakyat,” kata Nik Aziz dalam laman Facebook.
Tegas Nik Aziz, ekoran pendirian terbaru Yang di-Pertuan Agong dalam isu Himpunan Bersih 2.0, beliau yakin Umno-BN tidak lagi “mempunyai kuasa” untuk mempergunakan institusi diraja demi kepentingan politik.
“Umno-BN tidak usah berharap untuk mempergunakan instituti beraja untuk mempertahankan mereka.
“Segala usaha mereka untuk menudung segala penyelewengan sistem pilihan raya tidak akan berjaya kerana kebangkitan dan kesedaran rakyat sudah sampai ke kemuncaknya,” katanya.
Gabungan Pilihan Bersih dan Adil (Bersih) hari ini bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengadakan Himpunan Bersih 2.0 pada Sabtu ini di stadium.
Menurut Pengerusi Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreevanesan, keputusan itu dibuat selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula berkata pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan Bersih 2.0 bagi membincangkan lokasi yang sesuai — sebuah stadium — bagi perhimpunan Sabtu ini tetapi menegaskan tawaran itu adalah bersyarat.
Kelmarin Yang di-Pertuan Agong bertitah agar setiap permasalahan yang timbul — dalam isu semasa merujuk kepada tuntutan Bersih 2.0 diselesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Baginda juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan secara adil dan bijaksana dan “yang pentingnya.”
Selain itu pemimpin Pakatan Rakyat secara sepakat menerima tawaran mengadakan Himpunan Bersih 2.0 di stadium.
Dipetik dari The Malaysia Insider

Subscribe to:
Posts (Atom)

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!