Saturday, June 7, 2008

Apa ada pada ketuanan sesuatu bangsa disisi Allah

Salam.........

Apa yang ada pada bangsa disisi Allah.... ,apa yang ada pada melayu di sisi Allah......,
apa yang bagusnya ada pada bangsa melayu yang membuat kita berfikiran prejudis terhadap bangsa-bangsa lain di dunia yang kita rasa,bawahasanya mereka ini hendak sangat menjatuhkan melayu ini. Persoalannya. Apakah yang patut kita dahului,....sebelum kita menyeru bangsa kita supaya bersatu......kita melayu islam sepatutnya menyeru seluruh saudara islam kita di malaysia malah di dunia ni bersatu untuk menentang musuh islam..,..bukanya pentingkan diri sendiri....bukan kita sahaja yg duduk di malaysia ini dan malaysia ni bukan bangsa melayu yang punya.Adakah islam mengajar kita supaya membenci dan tidak menghormati bangsa dan agama lain....wahai saudara islam ku semua yang ku kasihi.... fikir-fikirkanlah apakah ada pada bangsa melayu..,..apa yang kita nak berbanggakan dengan ketuanan melayu....cuba kita fahami dengan teliti rukun negara kita.....jangan main hafal saje.Apa yang di dahulukan dalam rukun negara kita...?

Kepercayaan kepada Tuhan

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Adakah pemimpin-pemimpin kita sekarang serius atau ikhlas mempertahankan dan menjalankan pengurusan atau pentadbiran negara kita dengan betul serta mengikut lunas-lunas dan dasar islam yang betul.? sedangkan perkara ini menjadi tanggungjawab besar kepada pemimpin dan diamanatkan oleh Allah sendiri untuk semua umat islam.Adakah pemimpin negara kita sekarang merujuk kepada islam dalam semua hal?Apakah peranan ulamak-ulamak kita ?adakah peranan mereka hanya untuk tukang baca doa, tahlil dan marhaban dan bukan dijadikan rujukan untuk mengemudi negara.Ada sesetengah pihak yang mengatakan bahawa agama dan politik mesti diasingkan,sedangkan di zaman kegemilangan empayar islam dari zaman Rasullullah hinggalah ke zaman kerajaan bani Abbasiyyah.bahawa untuk membina sebuah negara atau empayar yang besar itu mestilah melalui dasar politik yang kuat dan adil.ini sudah tentunya bahan rujukanya ialah agama islam itu sendiri dan Al-Quran....dan bukanya undang-undang dunia atau perlembagaan persekutuan....malahan kaum yahudi sendiri pada zaman itu senang dan hak mereka tidak diabaikan.....Sebagaimana kita tahu Nabi Muhammad S.A.W merupakan keturunan Arab, saya tak pernah dengar orang Arab memperjuangkan Ketuanan Arab, padahal Islam itu bermula di Tanah Arab, kesimpulannya jika kita sibuk memperjuangkan Ketuanan Melayu, macam mana kita nak menarik bangsa lain kepada Islam

Adakah anda rasa pemimpin melayu yang disangjung itu sendiri betul-betul memperjuangkan bangsa melayunya yang memberi mandat kepadanya itu , betul-betul memperjuangkan kedaulatan bangsa dan agamanya?
kenapa kita seingat-ingat saya sendiri, masa kecil lagi kita sudah ditanam sikap prejudis terhadap bangsa-bangsa lain yang tinggal bersama kita, sama warganegara, dan sama icnya.... Kenapa? darimanakah anggapan itu?seolah-olah menjadi semacam tradisi dlm fikiran orang melayu kita...
mengapa anda semua tidak terfikirkan tentang persoalan itu...

Ini adalah persoalan yang lagi penting yang harus kita fikirkan dulu... untuk melahirkan masyarat yang makmur dan harmoni......melalui keikhlasan perpaduan.......bukan sekadar main cakap saja tentang perpaduan..pokoknya keikhlasan itu yang penting.Adakah anda betul-betul ikhlas berkawan dengan bangsa-bangsa lain di negara kita...atau sekadar ikhlas di depanya..dan di belakangnya lain....mungkin hanya ada kepentingan peribadi.

Megapa kita beranggapan tidak baik terhadap bangsa lain... walhal anda sendiri tidak tahu adakah mereka pun beanggapan sama dengan anda. Rasulullah S.A.W mengajar kita supaya tidak beranggapan jahat kepada setiap orang, walaupun orang itu bukan islam.. Pokoknya mengapa kalau satu-satu bangsa itu boleh beranggapan jahat atau ada niat jahat kepada bangsa lain...... sudah tentu ada silapnya pada bangsa itu sendiri yang boleh membuatkan bangsa lain mejadi benci kepada bangsa itu.....

satu persoalan yang hendak dipersoalkan kepada pembaca sekalian.....

Mahukah anda menerima seorang pemimpin yang berbangsa cina, india atau iban, kadazan etc.....yang memerintah negara kita ,tetapi beliau beragama islam.... ?

1 comment:

rakyatkerdil said...

From: Raja Sharizan Raja Othman
Subject:


"Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos. Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah. Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.

Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.

Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.

" Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. "Pembayaran akan diuruskan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan," kata Abdullah."

Figure2 di atas tidak termasuk "Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wang itu dengan keuntungan yang didepositkan ke tempat lain."

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!

Amazon MP3 Clips