Friday, June 24, 2011

DEMO SOKONG FILEM LUCAH ? MCM SIAL PERKASA



Kira-kira 100 orang yang tidak kenali berhimpun di perkarangan bangunan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta, pagi ini.

datuk t supporters in court 1
Kehadiran mereka bagi menyatakan sokongan mereka kepada trio 'Datuk T' yang mengaku bertanggungjawab dalam kes tayangan video lucah di Hotel Carcosa Seri Negara pada Mac lalu.
Video itu, yang dirakam di tempat yang tidak dikenalpasti, didakwa menunjukan aksi seks individu mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu menafikan perkara itu dan membuat laporan polis.
Datuk T hari ini dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan memiliki dan mengedar bahan lucah itu. Kesemua mereka mengaku bersalah.

Ketiga-tiga mereka adalah bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas bendahari PERKASA Datuk Shuaib Lazim.

Sambil memegang kain rentang dan sepanduk 'Hidup Datuk T' dan 'Kami Sokong PERKASA', kumpulan itu juga melaung-laungkan sokongan kepada Datuk T.
datuk T supporters in court mohd suhaimin in white
Bercakap kepada wartawan, seorang lelaki memberitahu, mereka terdiri daripada “pelbagai NGO dari seluruh negara”.

"Kami beri sokongan tidak belah bahagi kepada sistem perundangan negara ini. Kami yakin dengan sistem mahkamah di negara ini.

"Kami 100 peratus pasti siapa lelaki dalam video itu dan beliau adalah siapa yang dikatakan oleh Datuk T. Jadi kami datang secara sukarela menyokong Datuk T,” kata lelaki yang tidak mahu mendedahkan identitinya.

Lelaki itu kemudian dikenalpasti sebagai Mohd Suhaimin (atas, baju putih) yang juga seorang pembantu kepada Rahim.

Sementara,
datuk t supporters in court 2
Ketua PERKASA Perak Ahmad Zaini Ismail berkata mereka datang kerana menuntut kebenaran dan mahu keadilan ditegakkan.

"Tak ada orang yang bayar kami untuk datang,” katanya.

Meskipun suasana persekitaran agak bising dengan jeritan kumpulan itu, namun pihak polis hanya memerhatikan dan memantau dari jauh.- MKINI

No comments:

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!

Amazon MP3 Clips