Friday, June 24, 2011

Demonstrasi : Umat Islam bakar Utusan

Kira-kira 300 umat Islam berhimpun secara aman di hadapan Masjid Bukit Katil selepas solat Jumaat sebentar tadi bagi menzahirkan bantahan terhadap Utusan Malaysia. Mereka membakar akhbar Utusan Malaysia yang disifatkan biadap dan kurang ajar terhadap Islam. 

Demontrasi aman yang berlangsung kira-kira 25 minit tanpa sebarang gangguan dari pihak Polis. Beberapa pimpinan PAS Negeri dan Pemuda Negeri serta kawasan menyampaikan ucapan mengutuk tindakan Utusan yang menyiarkan kartun yang mempersendakan Islam.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek berkata Utusan Malaysia telah mempersendakan hukum Islam dan ini jelas boleh menjejaskan aqidah Islam seseorang.

"Kita bimbang dengan tindakan Utusan yang sengaja mengelirukan umat Islam tentang hukum Islam yang diturunkan oleh Allah".

"Utusan dengan sengaja mempermainkan hukum Islam dan tindakan ini amat dikesalkan. Kerajaan mestilah mengambil tindakan tegas ke atas akhbar biadap ini" kata Ustaz Kamaruddin yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin.

Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka, Ustaz Mohd Noor Omar pula mengajak seluruh rakyat Malaysia memboikot  akhbar Utusan yang ternyata menjadi pencacai Umno yang sengaja mencari jalan untuk mempersendakan Islam.

"Kita menggesa Utusan memohon maaf terhadap seluruh umat Islam di Malaysia dan dunia tentang tindakan biadap mereka mempermainkan hukum Islam" tegas Ustaz Mohd Noor yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Tangga Batu.

Turut berucap pada demonstrasi tersebut ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Ustaz Musa Mohammad dan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil Jauhar Md Dawi.

No comments:


www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!