
Menurut Premesh lagi, kesemua versi bahasa Melayu, Inggeris, dan Cina Malaysiakini masih lagi tidak dapat diakses sehingga ke petang ini. “Sehingga jam 5.30 petang tadi, Malaysiakini masih tidak dapat diakses semenjak jam 11 pagi tadi. Pembaca-pembaca tidak dapat mengakses laman web tersebut, yang dihoskan pada pelayan (server) kami di Telekom Malaysia Brickfields dan Jaring.
“Kami mohon maaf dengan perkara ini dan akan memaklumkan pembaca dari masa ke semasa menerusi Facebook dan Twitter,” kata Premesh. Berita Malaysiakini buat masa ini boleh diperolehi menerusi laman Facebook mereka seperti berikut:
No comments:
Post a Comment