Tuesday, April 19, 2011

Panas!! Media Malaysia Bohong Kehilangan Enjin Pesawat TUDM

KUALA LUMPUR -  Laman Web pemberi maklumat WikiLeaks sekali lagi menimbulkan kegemparan apabila mendakwa media di Malaysia membuat laporan palsu mengenai kehilangan enjin pesawat TUDM yang hilang pada 2008. Berdasarkan maklumat yang diperoleh kabel diplomasi Amerika Syarikat, seorang anggota kementerian luar negeri telah memberitahu kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bahawa media tradisonal di Malaysia telah membuat banyak kesilapan tentang fakta kehilangan enjin jet F5 berkenaan.
Antara lain, laporan media tradisional Malaysia yang mendakwa enjin itu dijual kepada satu syarikat antarabangsa berpusat di Amerika Selatan. “Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum,” kata kabel tersebut.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin itu mungkin dijual ke Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media.

Ia turut mendedahkan bahawa Peguam Negara, Abdul Ghani Patail berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang itu berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.

Kedutaan AS di Malaysia turut melaporkan kepada kerajaan AS, bahawa mereka sukar untuk mempercayai penjelasan kerajaan mengenai kehilangan enjin jet buatan AS itu. “Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini,” kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel tersebut , Kementerian Pertahanan ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes itu dikendalikan. Menurutnya, media tradisional di Malaysia turut berbohong melaporkan kerajaan meminta bantuan AS dalam menyelesaikan skandal kehilangan enjin berkenaan kerana ia tidak pernah dibuat melalui kemneterian luar.

Kabel bertarikh 10 Januari 2010 itu ditulis kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith. Ia turut menamakan pegawai Malaysia yangmendedahkan maklumat itu kepada kedutaan AS adalah Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Sebanyak 3 kabel didedahkan WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5. Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet tersebut mula didedah oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pada 19 Disember 2009, selepas hampir dua tahun kehilangannya, ketika kementerian pertahanan di bawah Datuk Seri Najib Razak./KD

No comments:

www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!

Amazon MP3 Clips