Saturday, April 16, 2011

Pilihanraya Sarawak

Keputusan Tidak Rasmi: Pakatan -8, BN - 4
Saturday, April 16 @ 01:37:04 CDT

Antara kerusi yang sedang didahului oleh BN adalah di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya dan Beting Maro manakala PKR pula di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat dan Meluan.

3.44pm: Baru Bian dalam twitternya menulis belias sedang mendahului sekitar 300 undi di Ba'Kelalan.

PKR - 1747
BN - 1270
Majoriti - 477

3.33 pm: PAS dijangka sukar membuat kejutan pada pilihan raya ke-10 Sarawak ini. Daripada lima kerusi yang ditandingi parti itu, setakat ini keputusan awal tidak rasmi menunjukkan calon-calonnya masih ketinggalan.

Berikut antara kerusi tersebut:

N 22 Sebuyau
PAS - 698 undi
BN - 1,860 undi
Bebas - 44 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 184 undi
BN - 763 undi
Bebas - 32 undi

N22 Sadong Jaya
PAS - 163 undi
BN - 448undi
Bebas - 29 undi

Bagi kerusi N 24 Beting Maro setakat ini masih belum menerima apa-apa keputusan. PAS belum pernah memenangi sebarang kerusi di DUN Sarawak sebelum ini.

3.30pm: Meradong - Calon, DAP Ting Tze Fui sedang mendahului calon Supp Ling Thai King. Ini adalah kerusi majoriti pengundi Cina.

Berdasarkan sambutan terhadap ceramah-ceramah Pakatan Rakyat, BN dikatakan sukat mempertahankan kerusi-kerusi mereka sekitar bandar-bandar utama itu.

3.20pm: Setakat ini keputusan tidak rasmi menunjukkan BN sedang mendahului di Tanjung Datu, Sebuyau, Sadong Jaya, Saribas dan Beting Maro.

Pakatan Rakyat yang terdiri daripada gabungan DAP - PKR - PAS pula sedang mengatasi lawan mereka di Krian, Ba'kelalan, Kakus, Tamin, Jepak, Tebedu, Tarat, Meluan dan Bawang Asan.

3.15pm: Sumber DAP pula mendakwa di Bawang Asan, parti itu sedang mendahului 99 undi berbanding 68 yang diperolehi oleh Supp.

3.05pm: Saribas - dilaporkan BN sedang mendahului dengan 872 undi daripada 2000 undi yang telah dikira.

3.01pm: Exco Selangor Xavier Jayakumar, yang berada di Krian, memberitahu Malaysiakini bahawa PKR berjaya merampas kerusi itu.

Katanyanya dengan hanya satu lagi kotak undi yang belum dikira, PKR sedang mendahului SPDP.

PKR - 2,335
SPDP - 1,185

3.00pm: Menurut sumber PAS, keputusan terkini adalah seperti berikut:

N 22 Sebuyau
PAS - 612 undi
BN - 1,409 undi
Bebas - 37 undi

N03 Tanjong Datu
PAS - 127 undi
BN - 636 undi
Bebas - 11 undi

2.46pm: Sumber Pakatan mendakwa ketua PKR Sarawak Baru Bian berjaya merampas Ba'kelalan. Mereka dikatakan sedang mendahului dengan 200 undi manakala beberapa kotak undi yang semuanya di kubu kuat PKR belum dikira.

Kebanyakan pusat undi telah ditutup pada jam 1 petang tadi.
2.41pm: Sumber BN mendakwa Semop berjaya dipertahankan parti itu.

Keputusan tidak rasmi:
BN - 2972
PKR- 454,
Bebas - 274

2:30pm Di semua kerusi yang ditandingi PAS, pengiraan awal menunjukkan calon-calon BN terus mendahului. Berikut keputusan tidak rasmi:

Tanjung Datu
PAS - 111
BN - 568
Bebas - 11

Sebuyau
PAS - 249
BN - 691
Bebas - 13

Saadong Jaya
PAS - 48
BN 306
Bebas - 27

Beting Maro
PAS - 144
BN - 223
Bebas - 2

Satu lagi kerusi yang ditandingi oleh PAS, Muara Tuang belum ada lagi keputusan.

2.10pm: Menurut sumber BN, PBB juga mendahului di Bukit Saban:

PBB - 89, PKR - 1, Bebas - 0

1.55pm: Di Saribas, BN mendahului dengan 594 undi daripada 1,400 yang dikira.

1.50pm: Menurut PKR, keputusan agak sengit di Ba'Kelalan. Keputusan tidak rasmi menunjukkan calon PKR Baru Bian mendahului:

PKR - 596
BN - 525

1.30pm: Menurut BN, PBB mendahului calon PAS di Beting Maro 288 - 144.

12.54am: PKR mendakwa mereka mendahului di pengiraan awal di Layar dan Meluan.

Namun di Saribas, BN mendahului dengan 343 undi daripada enam pusat undi yang telah dikira. Ini hanay 10 peratus daripada jumlah pengundi.

Saribas dikatakan antara kerusi yang PKR mempunyai peluang cerah untuk menang. Pada pilihan raya lalu BN hanya menang dengan 94 undi.

12.49am: Keputusan tidak rasmi lain dari ibu pejabat PKR:

Kakus

PKR - 122
BN - 70
PCM - 1
Bebas - 5, rosak 1

Tamin

PKR - 113
BN - 38

Kedua-dua kerusi itu mempunyai majoriti pengundi Iban.

12.30pm: Ketua PKR Sarawak Baru Bian menghadapi saingan sengit daripada sepupunya Willie Liau di Ba'Kelalan, sebuah kawasan bukit bukau yang bersempadankan Kalimantan di Indonesia.

Ba'Kelalan adalah kerusi paling kecil di Sarawak dengan jumlah pengundi hanya 6,958 orang.

Undi sedang dikira. Setakat ini, keputusan tidak rasmi:

PKR - 245 undi
BN - 223 undi

Sumber MalaysiaKini

No comments:


www.infinitydownline.com
Learn how anyone,(even internet dummies) can create sick amounts of money by turning $25 into a Mega Fortune!